Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Salam Alayk,,
acara lambung baret |
Entry kali ni Ninie nak cerita pengalaman sepanjang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ninie dapat PLKN Cenderawasih, Marang, Terengganu. Mula-mula, buang segala prasangka negatif yang cakap PLKN ni tak best lah, boring lah, terkongkong bagai semua tu.
Orang yang cakap PLKN tak best tu bukannya diorang pergi pun. Kalau yang dah pernah pergi mesti cakap PLKN ni best. Memanglah adik-adik yang dapat PLKN ni tak boleh nak lepak dengan kawan-kawan, tapi, nanti kat sana, dapat jumpa ramai lagi kawan baru, dari serata negeri pulak tu. Since 2 bulan lebih program ni, mestilah banyak nak cerita kan, tapi
Ninie tak boleh lah nak cerita semua, nanti berjela-jela pulak.
Adik-adik kena tahu, bila kat sana, tak ada dah jurulatih yang akan panggil adik-adik ni murid-murid, pelajar, student tu semua. Kat sana nanti korang akan dipanggil sebagai wira dan wirawati. Nama tu pun dah rasa macam hebat kan, wira wirawati negara. cehhh..
Yang penting, jurulatih semua baik. Garang sikit-sikit tu biasalah. Bila buat salah memang lah kena marah kan. Kat sana, wira wirawati perlu buat yang terbaik untuk memastikan pasukan sendiri menang. Ada 4 pasukan iaitu Alfa, Bravo, Charlie dan Delta. Dorm pun ditentkan berdasarkan pasukan tersebut. Hmmmm, banyak sangat pengalaman yang nak cerita, sampai tak tahu nak cerita yang mana nii..:D
Kat sana, diorang ada buat Pilihan Raya yang sama macam yang sebenar. Ada YB, ada polis, ada wartawan, ada jurugambar, ada SPR. Semua cukup lengkap. Semua watak tu perlu dilakukan sendiri oleh wira wirawati. YB akan diberi tempoh untuk mengadakan kempen dan manifesto. Masa tu penuhlah dengan sticker dan flyer muka diorang je..':) Ninie sendiri sebagai pegawai SPR, so, wira wirawati yang ada tugas pada hari pilihan raya ni kenalah mengundi sehari awal. Siap guna dakwat hitam lagi uolls. Bila tiba hari mengundi tu macam-macam ragam ada. Jurulatih sengaja je sebenarnya nak tahu SPR ni telus ke tidak dalam menjalankan tugas, kotkot ada pengundi hantu kan.
So, tahan telinga je lah bila diorang nak mengundi tapi taknak bagi IC. Kecoh sampai jurugambar dengan wartawan pun datang.. *Jurulatih pun tak terkecuali untuk mengundi* adehhhh, hari yang memenatkan. Tu belum termasuk lagi dengan watak orang kurang upaya dan warga emas yang perlu diberi keutamaan. Ada watak yang nak cuba curi peti undi bagai. Petangnya, diteruskan dengan sesi pengiraan undi. Peti undi tiba dengan diiringi oleh pihak polis.
pegawai SPR |
warga emas |
peti undi dibawa untuk proses pengiraan undi |
proses pengiraan undi |
Bila nak sampai hati-hari terakhir, ada pertandingan sukan dan juga pertandingan kawad kaki. Ada juga aktiviti yang memerluka wira wirawati untuk bermalam dalam hutan. Kena aplikaskan semua perkara yang diajar sepanjang program tersebut. Wira wirawati akan dibekalkan dengan bag untuk digunakan sepanjang aktiviti tersebut.Korang kena pikul bag tu hokkay..
masuk hutan |
Since waktu program Ninie tu hujan, kitorang tidak dibenarkan untuk tidur dalam hutan. so, kitorang kena dirikan khemah dan tidur di padang. Khemah tu wira wirawati kena buat sendiri hokkay. kena pacak kayu, kena ikat bagai. Tapi ada jurulatih yang akan bantu, jangan risau. Semua ilmu yang diberikan sepanjang program, perlu diaplikasikan ketika ini.
Walaupun kitorang tak sempat bermalam dalam hutan, tapi still kami masuk hutan untuk pertandingan memasang khemah dan sebagainya. Masa dalam hutan tu lah wira wirawati akan diuji mental. Diorang punya torture memang tahap maksima lah. Wirawati ada yang nangis wuwuwuu..T__T diorang akan cuba untuk ambik semua ahli pasukan yang berjawatan.
So, korang kena pandai-pandailah deal dengan jurulatih. Buat semua yang diorang suruh. Petang tu ada pertandingan Search and Rescue. Masa ni, wira wirawati perlu mencari ahli pasukan yang cedera dengan menggunakan kompas dan klu yang diberi serta memberi rawatan yang sebetulnya mengikut kecederaan yang mereka alami. haaaa, seronokkan?? Malamnya ada pertandingan memasak, pertandingan kelapa emas dan banyak lagi. Ilmu ikhtiar hidup dalam hutan juga perlu diaplikasikan. Tidur malam berpakaian lengkap dengan kasut boot. Boleh bukak baret dengan belt je.
khemah untuk bermalam |
Selain tu, wira wirawati juga diberi peluang untuk merasai pengalaman menembak dengan menggunakan senapang M16. Pasukan RELA datang ke kem untuk mengajar, then esoknya wira wirawati dibawa ke kem RELA jauh di dalam hutan untuk menembak menggunakan 20 biji peluru hidup bagi setiap orang.
Disebabkan masa singkat, jadi wira wirawati hanya diajar untuk menembak dalam kedudukan meniarap je. okay la tu kan, at least ada pengalaman. Penembak terbaik akan dipilih. Siapa yang dah ada pengalaman tu untunglah, boleh menyumbang mata untuk pasukan masing-masing. Lepas selesai menembak, wira wirawati diberi peluang untuk bergambar dengan M16. Masa kutip kelongsong peluru tu jangan ada yang nak curi pulak, kalau wira wirawati didapati mencuri, boleh didakwa dan dipenjara tau.
wira |
wirawati |
kutip kelongsong peluru |
Setakat ni aje entry kali ni. Banyak lagi aktiviti yang menarik sebenarnya, tapi, kalau adik-adik nak tahu, kena rasai sendiri..:D
Lirik Lagu Rasmi PLKN - Khidmat Negara
Wira wirawati harapan bangsa
Tiba masa kita berjasa
Kita sahut cabaran bederas seiringan
Demi mencapai wawasan.
Kenali rakan pelbagai budaya
Selami warisan kita yang kaya
Bersama bergandingan tiada perbezaan
Kita Warga Malaysia.
Berkhidmat untuk negara
Berbakti penuh setia
Satu hasrat satu semangat satu tekad bersama.
Kami wira wirawati negara
Kini masa kami berjaya
Kami sahut cabaran berderas seiringan
Kami pasti mencapai wawasan.
Kita sahut cabaran bersama bergandingan
Berkhimat untuk negara
MALAYSIA!!!
Comments
Post a Comment