Ujian IPG
Salam Alayk,, Entry Ninie kali ni Ninie nak kongsi pengalaman semasa menghadiri ujian fizikal dan ujian bertulis IPG J J Lama dah sebenarnya benda ni lepas tapi Ninie baru nak cerita.. Since entry ni lebih khusus untuk adik-adik yang baru nk mohon IPG, adik-adik yang baru lepas SPM, so Ninie bahasakan diri akak ehh..;) First of all, bila adik-adik dah buat permohonan online, adik-adik doalah banyak-banyak supaya diterima untuk menghadiri ujian ni. Tapi, melalui pengalaman akak, kebanyakan yang mohon online, hampir semua dapat untuk ujian ni. Siapa yang baru balik dari PLKN tu untung lr sikit sebab badan masih fit. Tapi yang lain jangan risau, lepas habis SPM, jangan makan tidur je. Keluar jogging pepagi. Akak dapat panggilan kena pergi ujian di Pahang. Rumah akak di Kelantan, kira jauhlah jugak. Ada yang bernasib baik, dapat dalam negeri je. Kawan akak, ada yang sampai kena pergi KL bagai. Masa ujian tu, lepas lapor diri, staf yang bertugas dah tampal senarai ...