Ujian IPG

Salam Alayk,,

Entry Ninie kali ni Ninie nak kongsi pengalaman semasa menghadiri ujian fizikal dan ujian bertulis IPG JJ Lama dah sebenarnya benda ni lepas tapi Ninie baru nak cerita.. Since entry ni lebih khusus untuk adik-adik yang baru nk mohon IPG, adik-adik yang baru lepas SPM, so Ninie bahasakan diri akak ehh..;)

First of all, bila adik-adik dah buat permohonan online, adik-adik doalah banyak-banyak supaya diterima untuk menghadiri ujian ni. Tapi, melalui pengalaman akak, kebanyakan yang mohon online, hampir semua dapat untuk ujian ni. Siapa yang baru balik dari PLKN tu untung lr sikit sebab badan masih fit. Tapi yang lain jangan risau, lepas habis SPM, jangan makan tidur je. Keluar jogging pepagi. 

Akak dapat panggilan kena pergi ujian di Pahang. Rumah akak di Kelantan, kira jauhlah jugak. Ada yang bernasib baik, dapat dalam negeri je. Kawan akak, ada yang sampai kena pergi KL bagai. Masa ujian tu, lepas lapor diri, staf yang bertugas dah tampal senarai nama mengikut kumpulan bagi ujian bertulis. So, adik-adik kena ikut senarai nama tu. Bawak lah pensil dua batang dan pemadam. Slip yang adik-adik print tu pun jangan lupa bawak. Kang tak pasal-pasal tak boleh nak masuk ujian. Kedudukan dalam kelas tu macam biasalah, macam dalam exam, jarak-jarak macam tu. Telefon semua tak boleh bawak. 

Mesti ramai yang risau kan sebab dah lama tinggal buku lepas SPM, tapi jangan risau, soalan yang di beri tu kacang je. Contoh soalan, 1. Adakah anda suka memakai baju yang perlu digosok atau tak perlu digosok? 2. Adakah anda sering nampak benda yang orang lain tidak nampak? 3. Adakah anda bersedia untuk dihantar mengajar di kawasan pedalaman? 4. Adakah sistem pendidikan sekarang menyusahkan guru-guru? Haaa,, senang je soalannya. Tapi kena ingat, soalan tu memang senang, tapi banyak. So, kena cepat-cepat lah. Macam akak, jawab cukup-cukup masa je tak sempat semak pun.

Lepas ujian tu, adik-adik diberi rehat sekejap dan terus sambung untuk ujian fizikal. Akak nasihatkan, adik-adik janganlah sarapan makan benda yang berat sangat pagi tu, takut muntah bila lari-lari nanti. Makan roti dengan air milo je cukup. 

Ada beberapa jenis ujian fizikal, tapi bergantung pada tempat jugak nak mulakan yang mana dulu. Macam tempat akak, lepas ukur berat dan tinggi, mula-mula sekali akak kena buat kilas sisi. Adik-adik kena berdiri membelakangi dinding then kena sentuh dinding dan diikuti dengan lantai. Bergilir-gilir kiri dan kanan. Jangan risau, sebelum mula ujian, adik-adik akan diberi masa untuk tengok demo. 

Second, kena buat lompat kuadran. Ada 4 petak atas lantai, adik-adik kena lompat tanpa menyentuh garisan yang ada di antara petak-petak tu. Ia dikira mengikut berapa banyak lompatan yang adik-adik dapat buat dalam masa yang ditetapkan. 

Third, kena buat sit up. 
Seingat akak, ada 4 gaya sit up yang adik-adik kena buat. Mula dengan tangan straight ke lutut, then dengan tangan disilang ke dada, tangan di atas kepala dan last sekali tangan di belakang kepala. Makin susahlah maksudnya. Satu gaya tu kena buat satu je sit up. Kiranya, kena buat 4 kali sit up lah. Kalau yang boys tu, akak tengok senang je diorang buat. Yang girls ni terkial-kial, termasuklah akak sendiri. Hihihi. 

Last, kena buat bleep test. Mungkin dah ramai yang dah tahu dan pernah buat. Bagi yang belum tahu, akak cerita sikit eh. Bleep test ni kena berlari-lari ikut rentak muzik yang dipasang. Ada jarak yang dah ditetapkan. Test ni ada banyak peringkat. Satu peringkat besar, ada pulak dalam 7 peringkat kecil. Means, satu peringkat besar, adik-adik kena lari 7 kali jarak yang ditetapkan. Yang syoknya, muzik tu makin laju tau. Makin semput. Adehhhh. Mengikut coach kat tempat akak tu, kalau girls, dapat 3 peringkat besar dah okay. Akak harap adik-adik faham apa yang akak cuba sampaikan disini. 

Lepas siap semua, adik-adik dah boleh balik dan tunggu panggilan untuk temuduga. Sebelum akak terlupa, bagi yang mohon untuk pendidikan jasmani, ujiannya lain sikit dan lebih tough. Akak tak boleh nak cerita sangat sebab akak tak alami. Menurut kawan akak, ujiannya kena lari pecut dan menggelecek bola bagai. Kawan akak yang mintak pendidikan jasmani, semua dah berada di IPG sekarang. Akak doakan adik-adik berjaya dalam bidang apa sekalipun yang adik-adik ceburi..:)

Entry yang seterusnya nanti, akak update pasal pengalaman akak pergi temuduga pulak. Adik-adik boleh klik button home di bawah untuk baca pengalaman akak yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Air Barli

How to Create Vyond

How to Create Kahoot