Temuduga IPG

Salam Alayk,

Seperti yang akak janjikan pada entry yang lepas, kali ni akak nak cerita pasal pengalaman akak menghadiri temuduga IPG. Kali ni temuduga akak berlangsung di IPG Sultan Mizan, Terengganu. Untuk pengetahuan adik-adik, tempat temuduga berlangsung ini ditentukan mengikut subjek yang adik-adik mohon. Masa akak tengah tunggu giliran tu sempat lah akak borak-borak dengan calon lain. Calon untuk subjek sejarah, pendidikan khas, bahasa inggeris dan matematik juga akan ditemuduga di situ.

Adik-adik akan dikumpulkan dalam satu bilik bersama dengan calon subjek lain tetapi dalam kumpulan mengikut subjek masing-masing. Adik-adik akan diberi taklimat ringkas bagaimana proses temuduga berjalan dan cara untuk adik-adik susun segala sijil dan salinan sijil yang adik-adik bawa. Jangan lupa untuk sahkan segala salinan sijil tersebut. Sijil yang tidak disahkan tidak akan diterima. Adik-adik perlu ada satu set salinan sijil dan satu set sijil asal. Kedua-dua set tersebut mestilah disusun dalam urutan yang sama supaya memudahkan pihak penemuduga untuk memeriksa nanti. Kad pengenalan dan slip yang di print juga jangan lupa bawak.

Lepas selesai sesi taklimat tersebut, adik-adik akan bergerak ke bilik temuduga. Satu sesi akan melibatkan 6-7 orang calon. Kumpulan akak masa tu ada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Kitorang tunggu di hadapan bilik tersebut sementara kumpulan lain ditemuduga. Agak lama juga kami tunggu sebab mereka periksa satu persatu sijil setiap calon. Lepas mereka periksa sijil, barulah calon dibenarkan masuk. Dalam bilik tu ada 2 orang penemuduga. Seorang lelaki, seorang perempuan.

Kedudukan dalam bilik tersebut ditentukan oleh penemuduga. Mereka akan memanggil nama mengikut senarai nama dan adik-adik perlu duduk mengikut urutan tersebut. Menurut akak, kedudukan yang paling baik adalah kedudukan kedua dan ketiga. Bukan apa, kalau kedudukan pertama tu takut tak cukup masa pulak nak fikir segala isi yang nak diutarakan, tapi kalau adik-adik dah biasa bercakap secara spontan, maka tak ada masalah. First of all, adik-adik akan diberi masa untuk menonton cerita yang akan ditayangkan. Mereka akan tayangkan sebanyak dua kali. Adik-adik kena fokus betul-betul sebab soalan yang bakal ditanya berkaitan dengan cerita tersebut.

Sesi pertama, mereka tanya apa yang adik-adik dapat selepas menonton cerita tersebut. Kena faham betul-betul, jangan salah faham tajuk yang cuba disampaikan dalam cerita tersebut. Cakap sorang-sorang dan tak perlu mencelah. Tak payah nak berebut sebab giliran tu berdasakan kedudukan adik-adik. Macam akak, akak dapat cerita osman baku pergi jumpa doktor tuu hah. Mesti dah pernah tengok kat tv kan. Sesi kedua, jelaskan samada setuju atau tidak mengenai topik tersebut. Contoh, group kitorang dapat pasal memartabatkan bahasa melayu, so, setuju atau tidak tentang perkara tersebut beserta dengan huraian. Yang ni pun bercakap mengikut urutan macam yang sebelum ni jugak. Cuba cari kelainan berbanding calon-calon yang lain okay. Sesi last, perlu bagi pndapat masing-masing mengenai tajuk tersebut. Kali ni tak perlu bercakap mengikut giliran dah, dan tak perlu pandang penemuduga. Cakap secara santai dalam kumpulan macam perbincangan. Mereka nak lihat macam mana cara berkomunikasi. Bolehlah nak mencelah, tapi dengan sopan. Actually, kitorang dah discuss sebelum masuk bilik tu untuk saling menyokong isi satu sama lain dan bagi peluang untuk setiap orang bercakap.
 
Lepas selesai semua tu, adik-adik dah boleh balik dan tunggu panggilan samada diterima atau tidak.
Akak dulu, buat macam-macam  persediaan. Falsafah pendidikan negara lah, nama menteri pendidikan lah, nama yang dipertuan Agong bagai. Tak perlu pun semua tu. Tapi tak tahulah kalau formatnya berubah pulak tahun ni kan. Setakat ni, akak baca blog-blog lain, pengalaman diorang pun lebih kurang macam yang akak ceritakan ni je.
Persaingan untuk dapat IPG memang sengit sebab ramai yang mintak. Akak doakan yang terbaik untuk adik-adik..:)

Comments

  1. assalamualaikum kak, sy aisyah dpt iv lusa ni sy nk tnya siapa yang boleh sahkan segala sijil tu. doakan saya dpt ipg

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak, sy aisyah dpt iv lusa ni sy nk tnya siapa yang boleh sahkan segala sijil tu. doakan saya dpt ipg

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak ninie... saya azimah... terima kasih kak sebab kongsi pengalaman akak yang sngat berguna...alhamdulillah sekarang saya dapat temuduga dalam bidang pendidikan walaupun bukan ipg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sama2 azimah. Akak pun sedang melanjutkan pelajaran dlm bidang pendidikan sekarang ni. Semoga kita sama2 dapat jadi pendidik suatu hari nanti.

      Delete
  4. assalammualaikum akak nini. alhamdulillah akak sebab bagi tips. saya dpat masuk IPG, sekarang saya dah semester 3. akak banyak bagi semangat dalam blog akak]. terima kasih akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Alhamdulillah dapat bagi manfaat kepada Azizah:)

      Delete
  5. assalammualaikum akak. hantar lar lagi blog. kami suka baca story akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ye akak ada update entry yg terbaru. Jemput baca ye:)

      Delete
  6. Akak...sy dpt tawaran ipg tp x lepas checkpoint kecergasan..nk buat cmne ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Air Barli

How to Create Vyond

How to Create Kahoot